ikhlas dariku...

assalamualaikum...harap sangat blog ni boleh bagi manfaat pada semua yang membaca...mungkin sebagai rujukan, motivasi atau menghibur hati...hehe

Sunday, 28 February 2016

JALAN-JALAN CARI MAKAN KULIM EP 1

  
      Haiiii... dah lama sangat saya tak buka blog ni... dah lama jugak lah saya tak update apa-apa dalam blog ni... So, untuk yang pertama kali nya saya nak update hari ni adalah tentang M.A.K.A.N !!!! huu huu... Pernah datang Kulim, Kedah..?? yes memang Kulim tak popular dengan perlancongan... tetapi ianya adalah sebuah kawasan industri berteknologi tinggi... selain itu, terdapat juga pelbagai kedai makan yang menawarkan makanan yang lazat dan unik... dan untuk EP 1 ni...saya akan memperkenalkan kepada anda sebuah restaurant di Kulim iaitu "Kutip-Kutip ABC" !!!

 Hah!! tu dia punya sign board...sorry la ada itu silau sikit jugak hahaha... ok meh nak cerita apa bestnya dekat sini... kepada yang suka kan barang-barang antik...anda pasti teruja bila anda menjejak kan kaki anda ke sini...terdapat pelbagai koleksi barang-barang lama yang ada disini...orang cakap memang mengimbau kenangan la...saya yang belum tua ni pon terasa nostalgia sangat dekat situ...kalau tak percaya cuba tengok ni...saya ada ambil beberapa keping gambar interior kedai ni...












haaaa kan saya dah cakap...nostalgia kan?? haa tu lah jugak apa yang saya dengan kawan-kawan rasa... itu baru bab nostalgia cinta lama haha... sekarang kita pergi kepada makanan dia pulak... pilihan makanan walaupon tak banyak dan dia lebih kepada western food sebenarnya...tapi pada saya dan kawan-kawan makanan di sini memang sedap...Yes citarasa orang memang tak sama...tpi ini pandangan kami...makanan di sini sedap-sedap belaka...nak tengok gambar makanan kami...kami tak la sampai order semua yang ada dalam menu...tapi boleh la nak kongsi...tengok erkkk hehe...








 So macam mana?? Setuju tak kalau saya cakap kedai ni memang menarik...makanan pon memang sedap...ok lah untuk tahu lebi lanjut tentang mereka...anda semua boloh ikuti mereka ni di laman FB mereka iaitu https://www.facebook.com/kutipkutipabc/?ref=br_rs atau di https://www.facebook.com/pages/Kutip-Kutip-Abc-Kulim/1378704119112714?ref=br_rs
jadi saya rasa sampai disini saja penulisan saya untuk liputan EP 1 hehehe...konon-konon macam banyak ja episod... insyaAllah kalau berkesempatan untuk ada EP 2 saya akan buat untuk anda semua hehe...byeeeee!!!